So sambung untuk yang first post tu.. korang nak tahu ke tempat yang saya nak sangat pergi tu?
Jeng jeng jeng ahahah
Mestilah JEPUN :) sebab tempat dia cantik sangattt.. dan budaya kat sana sangatlah beza brbanding di Malaysia :) sy rase ada di anatara korang pon mesti nak sangat kan pergi Jepun ni. So impian saya adalah untuk travel ke Jepun lepas abis belajar.. time tu maybe travel dengan kawan atau mana tahu dengan suami ke hahah masih awal lagi untuk difikirkan hmm 👀😆
ok, sy nak share tempat yang menarik kalo pegi Jepun. Sebelum tu sy nak bagitahu mengenai Jepun ni. So let's..
Jepun kaya dengan keindahan alam semulajadi dan kecantikan pemandangan di tempat-tempat yang menjadi tarikan para pelancong. Memang benar segala panorama yang ditayangkan di dalam televisyen menunjukkan keajaiban tempat yang tenang, damai dan cantik ini, pastinya anda akan berasa sangat teruja apabila berpeluang melihat keindahannya didepan mata anda sendiri.
Keunikan dan kehebatan kota Jepun ini juga adalah kerana kebersihan dan kekemasan susunan kota raya dan tempat perlancongannya. Sudahkah anda berkunjung ke Jepun? Mari kita lihat tempat-tempat menarik di Jepun yang mesti anda lawati.
1. ASAKUSA
Negara matahari terbit ini juga tidak hilang dari pelbagai budaya negara mereka. Di bandar Asakusa, anda dapat melihat bangunan dan kota seakan-akan klasik seperti Jepun pada zaman dahulu. Asakusa terdiri daripada bandar yang penuh dengan gerai-gerai barangan antik, pakaian, cenderamata dan pelbagai lagi. Anda boleh mencari buah tangan atau hadiah di pekan yang terletak di sekitar tokong Sensoji ini. Anda dapat melihat kemeriahan Asakusa pada sambutan festival tahunan masyarakat Jepun.
2. Hitachi Seaside Park
Hitachi Seaside Park merupakan sebuah taman yang terletak di Hitachinaka, Kawasan Ibaraki, Jepun. Taman Hitachi Seaside ini sangat terkenal ketika datangnya musim bunga dan musim panas kerana perbezaan pemandangannya yang terserlah. Selain itu, taman seluas 3.5 hektar ini mempunyai pelbagai jenis bunga yang menakjubkan dan berbeza pada setiap musim. Anda boleh menikmati keindahan dan meneroka setiap alam semulajadi di sini.
3. Port of Nagoya Public Aquarium
Bagi anda yang amat cintakan sejarah atau suka menganalisis maklumat-maklumat fakta dan sebagainya, anda amat dialu-alukan datang ke Nara Prefectural Art Museum atau lebih dikenali sebagai Nara National Museum. Bangunan yang terletak di dalam Nara Park ini telah lama dibina sejak tahun 1889 lagi dan disini merupakan tempat perkumpulan barang-barang lama seni Buddha Jepun. Dalam museum ini, terdapat banyak patung-patung buddha, lukisan, skrol dan macam-macam lagi yang anda dapat lihat.
3. Port of Nagoya Public Aquarium
4. Sagano Romantic Train
Sagano Romantic Train akan mempersembahkan keindahan yang memukau kepada anda dimana anda dapat menghabiskan masa sehingga 25 minit mengelilingi kawasan Sungai Hozugawa. Disini, anda dapat melihat pengaliran air sungai yang cukup indah dan merasai ketenangan udara dalam hutan yang menghijau. Kereta api romantik ini akan membawa anda secara perlahan-lahan menikmati perjalanan di sungai ini, anda boleh mengambil gambar dan merakamkan kenangan bersama yang tersayang disini. Pastinya udara di sini sangat dingin dan selesa untuk anda bersantai.
5. Universal Studion Japan
Universal Studio Japan merupakan sebuah taman tema yang sangat besar iaitu berkeluasan 39 hektar. Taman tema universal studio yang pertama di bina di Asia ini terbahagi kepada beberapa buah bahagian untuk memudahkan anda bergerak dan berjalan-jalan sekitar tempat ini.
6. Higashiyama Zoo and Botanical Gardens
Sekali sekala bersiar-siar di negara Jepun, ayuh nikmati keindahan taman semulajadi dengan haiwan yang dipamerkan di Higashiyama Zoo. Alam flora dan fauna ini terletak di Chikusa-ku di mana ia telah wujud pada 1937 lagi. Zoo Higashiyama ini mempunyai pelbagai jenis spesis haiwan seperti harimau, zirafah, koala, singa dan lain-lain lagi. Kira-kira semuanya adalah lebih daripada 125 spesis haiwan. Selain itu, taman botani yang mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan menjadikan kawasan percutian ini lebih dingin, sejuk dan selesa.
Terdapat banyak lagi tempat menarik yang mesti anda lawati seperti pusat membeli belah, kedai cenderamata, pasar, tempat makan menarik, taman-taman dan pulau-pulau. Tiada masalah untuk anda bercuti ke tempat-tempat menarik di Jepun kerana anda hanya perlu memastikan persediaan perlancongan anda dilakukan seperti merancang tempat percutian, menempah tiket kapal terbang, menyewa hotel dan sebagainya. Kita jumpa di lain waktu sekian :)
No comments:
Post a Comment